Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Nora Anne mati akibat kebocoran usus

Remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 tahun, yang dijumpai mati pada Selasa (13 Ogos), disahkan meninggal dunia disebabkan kebocoran pada usus mungkin akibat ketiadaan makanan dalam tempoh yang lama dan menghadapi tekanan berpanjangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Aug 2019 02:52PM Dikemas Kini : 15 Aug 2019 09:23PM

SEREMBAN: Remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 tahun, yang dijumpai mati pada Selasa (13 Ogos), disahkan meninggal dunia disebabkan kebocoran pada usus mungkin akibat ketiadaan makanan dalam tempoh yang lama dan menghadapi tekanan berpanjangan.

Ketua Polis Negeri Sembilan Encik Mohamad Mat Yusop berkata hasil bedah siasat mendapati Nora Anne, sudah meninggal dunia dua hingga tiga hari sebelum mayatnya dijumpai.

"Hasil bedah siasat dijalankan mendapati remaja itu mati akibat kebocoran usus mungkin akibat stres berpanjangan dan tidak ada makanan dalam tempoh yang panjang,” katanya pada sidang media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini, hari ini (15 Ogos).

Mayat Nora Anne ditemui di kawasan lurah berhampiran anak sungai, 2.5 kilometer dari resort penginapan tempat remaja anak istimewa itu dilaporkan hilang pada 4 Ogos, sehari selepas keluarganya mendaftar masuk untuk percutian dua minggu dekat sini.

Proses bedah siasat mayat Nora Anne bermula 11.45 pagi semalam dan berlarutan sehingga malam tadi, diketuai pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, dibantu pakar dari Jabatan Kimia, dan Jabatan Forensik Petaling Jaya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan