Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Nilai barangan dirampas di kediaman berkaitan Najib Razak cecah S$372 juta: Polis M'sia

Pengarah CCID M'sia Amar Singh mendedahkan bahawa nilai kesemua barangan yang dirampas dari enam kediaman berkaitan dengan Encik Najib pada Mei ialah antara RM900 juta (S$304.4) hingga RM1.1 bilion (S$372.1 juta).

Anggaran Waktu Membaca:
Nilai barangan dirampas di kediaman berkaitan Najib Razak cecah S$372 juta: Polis M'sia

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 27 Jun 2018 12:28PM Dikemas Kini : 27 Jun 2018 12:33PM

KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan barang berharga dan wang tunai yang dirampas di kediaman berkaitan dengan mantan perdana menteri Malaysia, Najib Razak, bernilai sehingga RM1.1 bilion (S$372 juta), menurut polis Malaysia pada Rabu (27 Jun).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Malaysia (CCID) Amar Singh mendedahkan bahawa nilai kesemua barangan yang dirampas dari enam kediaman berkaitan dengan Encik Najib pada Mei ialah antara RM900 juta (S$304.4) hingga RM1.1 bilion (S$372.1 juta).

Encik Singh menambah bahawa barang-barang ini termasuk wang tunai sebanyak RM116 juta, barang kemas bernilai RM400 juta dengan nilai pasarannya dianggarkan antara RM660 juta dan RM880 juta.

Kesemuanya 12,000 barang kemas dirampas.

Barang kemas berkenaan terdiri daripada:

  • 1,400 rantai emas
  • 2,200 cincin
  • 2,600 anting-anting dan subang
  • 2,100 gelang
  • 1,600 kerongsang
  • 14 tiara

Barang paling berharga adalah seutas rantai emas putih berlian bernilai RM6.4 juta.

Encik Amar Singh berkata, sebanyak 567 beg tangan juga dirampas membabitkan 37 jenama seperti Hermes, Prada dan Chanel berharga kira-kira RM51.3 juta.

Katanya, sebanyak enam beg mengandungi 423 utas jam tangan bernilai RM78 juta membabitkan lebih 100 jenama.

Dalam satu sidang akhbar beliau berkata, polis sedang mengesahkan sama ada sebahagian barangan yang dirampas adalah hadiah dan jika demikian, dari siapa. Tambahnya: "Ini adalah rampasan terbesar dalam sejarah Malaysia".

"Pengiraan dan pemeriksaan ambil masa lama kerana angka adalah besar.

"Lapan pasukan khas terdiri daripada pakar dan pegawai terbabit dalam pengiraan dan pemeriksaan membabitkan 150 anggota," katanya.

Beliau menambah, semua wang tunai dan barang kemas kini disimpan di Bank Negara, dan berkata: "Kami akan memanggil Najib dan (isterinya) Rosmah tidak lama lagi." 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan