Images
  • haji (3)
    (Gambar: BERITAmediacorp)

Niat wanita 80 tahun untuk tunaikan haji bersama suami tidak kesampaian

KOTA PEKANBARU (ANTARA): Seorang wanita asal daerah Bengkalis di wilayah Riau, Norman Binti Adik Yakup berusia 80 tahun, yang menjual kebun beliau untuk menunaikan ibadah haji, gagal berangkat bersama suaminya pada musim haji tahun 2019 ini.

"Dalam masa tunggu keberangkatan haji pada tahun 2019, suami saya dipanggil yang Maha Kuasa setahun lalu karena mengidap penyakit jantung," kata Cik Norman di Pekanbaru pada Ahad (14 Jul).

Menurut Cik Norman - yang ditemani seorang anggota institusi perhubungan awam Kantor Wilayah Kementerian Agama (Kanwil Kemenag) Riau Vethria Rahmi - suaminya seorang perokok tegar yang tidak sukar untuk berhenti tabiat itu.

"Padahal mereka sudah berniat berangkat bersama dengan menjual kebun, tetapi suaminya sudah dulu pergi meninggalkan Norman," kata Cik Vethria.

Sejak suaminya meninggal, Cik Norman mengakui hidupnya seperti kehilangan semangat dan tidak tentu arah. "Kalau teringat suami, sedih sekali. Kalau dia ada tentu saya tidak sesusah ini sendiri," luah isi hatinya.

Difahamkan bahawa pada Sabtu (13 Jul) petang, Cik Norman meninggalkan Bengkalis dan tiba di Asrama Embarkasi Haji Antara (EHA) Riau Ahad dinihari. Sama seperti kebanyakan jemaah haji lainnya, warga emas itu juga memanjatkan doa dan melahirkan harapan untuk menunaikan ibadah tersebut.

Sewaktu sedang makan tengah hari, Cik Norman menyuarakan satu lagi harapannya yakni supaya kembali dikurniakan nikmat kesihatan yang baik terutama sekali kakinya selain diberikan ketenangan hati dan fikiran sekembalinya dari Tanah Suci.

"Harapannya ya biar sihat kaki ini, biar sembuh, tenang fikiran. Walaupun saya sendiri berserah diri saja kepada Allah SWT, Allah yang menemani saya ke mana pun. Kalau soal mati, di mana saja bisa mati," ujarnya.

Cik Norman mempunyai seorang anak angkat namun beliau sudahpun meninggal dunia terlebih dahulu. Namun, wanita tua itu tidak begitu kesunyian kerana masih mempunyai dua orang cucu sebagai pengubat hati.

Doa beliau untuk menunaikan haji termakbul jua meskipun tanpa suami di sisi.

Meskipun tanpa suami di sisi, doa Cik Norman untuk menunaikan haji termakbul jua. Hasil menjual kebun kelapa miliknya dan suami, beliau kini dapat berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji seorang diri.

Beliau sudahpun berangkat pada Ahad (14 Jul).  

- BERNAMA/FZ/fz

Top