Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ngeri... dipatuk ular ketika sedang 'tunai hajat'

Seorang wanita warga Thailand berdepan detik cemas apabila seekor ular bertindak menyerangnya ketika berada di dalam tandas, Rabu lalu (15 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Ngeri... dipatuk ular ketika sedang 'tunai hajat'

(Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 20 Jan 2020 09:34AM Dikemas Kini : 20 Jan 2020 09:41AM

BANGKOK: Seorang wanita warga Thailand berdepan detik cemas apabila seekor ular bertindak menyerangnya ketika berada di dalam tandas, Rabu lalu (15 Jan).

Anak perempuan mangsa, Chunya Sittiwichai, yang menceritakan pengalaman ibunya yang mengerikan itu menerusi akaun Facebooknya berkata, ular yang bersembunyi di dalam tandas itu mematuk paha ibunya secara tiba-tiba ketika sedang 'menunaikan hajat' (buang air besar).

Terkejut dengan situasi itu, ibu Chunya cuba menarik kepala ular tersebut tetapi ia hanya menyebabkan reptilia berkenaan terus mengeras, sekali gus mengakibatkan lebih banyak pendarahan berlaku.

Selepas itu, Chunya yang mendengar jeritan ibunya terus meluru ke bilik air bersama pisau dan tukul untuk menyelamatkannya.

"Ibu saya cuba memotong badan ular itu tetapi kulit haiwan tersebut terlalu keras sehingga menyebabkan dia terpotong kulitnya sendiri sedalam tiga sentimeter.

"Malah, ibu saya hampir tidak sedarkan diri ketika ular itu terus membelitnya," tulis Chunya Sittiwichai.

Tambah gadis Thailand itu, ibunya terus mengetuk kepala ular tersebut di atas lantai sementara anak lelakinya bertindak mengetuk reptilia itu dengan tukul sehingga mati.

Keluarga mangsa terus membawa keluar wanita terbabit sebelum mengunci bangkai ular tersebut di dalam tandas.

Wanita berkenaan bagaimanapun selamat setelah dikejarkan ke hospital dan mendapat beberapa jahitan.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan