Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

New Zealand turunkan tahap ancaman keselamatan ke peringkat sederhana

Tahap ancaman keselamatan di New Zealand diturunkan kepada tahap sederhana, selepas dinaikkan ke peringkat tinggi menyusuli serangan pengganas di Christchurch pada 15 Mac.

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand turunkan tahap ancaman keselamatan ke peringkat sederhana

Para pegawai polis di Christchurch, New Zealand. (Gambar: Anthony Wallace/AFP)

Diterbitkan : 17 Apr 2019 11:07AM Dikemas Kini : 17 Apr 2019 11:22AM

WELLINGTON: Tahap ancaman keselamatan di New Zealand diturunkan kepada tahap sederhana, selepas dinaikkan ke peringkat tinggi menyusuli serangan pengganas di Christchurch pada 15 Mac.

Pejabat Perdana Menteri New Zealand mengumumkan demikian menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu (17 Apr). Seramai 50 orang terbunuh akibat serangan tembakan tersebut.

Dalam kenyataan itu, Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata orang ramai boleh terus menjangkakan kehadiran polis di acara-acara awam, termasuk pada Hari Anzac.

Ini meskipun tahap ancaman keselamatan sudah diturunkan ke paras sederhana. Buat masa ini, tiada sebarang ancaman khusus yang memerlukan tindak balas pihak berkuasa.

Hari Anzac diadakan di New Zealand dan Australia pada 25 April bagi memperingati wira perang yang gugur. 

Sumber : Agensi berita/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan