Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

New Zealand tidak dapat 'dipecahbelahkan': petikan khutbah Jumaat imam Masjid Al Noor

Imam Masjid Al Noor, Gamal Fouda membacakan khutbah sempena solat Jumaat di Masjid Al Noor, genap seminggu insiden tembakan pelampau kulit putih yang mengorbankan 50 jemaah minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand tidak dapat 'dipecahbelahkan': petikan khutbah Jumaat imam Masjid Al Noor

Imam Masjid Al Noor, Gamal Fouda (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 22 Mar 2019 12:42PM Dikemas Kini : 22 Mar 2019 12:46PM

CHRISTCHURCH: Imam Masjid Al Noor, Gamal Fouda membacakan khutbah sempena solat Jumaat di Masjid Al Noor, genap seminggu insiden tembakan pelampau kulit putih yang mengorbankan 50 jemaah minggu lalu.

Berikut adalah petikan khutbah disampaikan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam yang berkumpul di perkarangan masjid.

“Jumaat lalu, saya berdiri dalam masjid ini dan melihat kebencian dan kemarahan pengganas yang membunuh dan menyebabkan 50 jemaah syahid, mencederakan 42 lain sekali gus meruntun perasaan jutaan yang lain di seluruh dunia.

“Pada hari ini di tempat sama, saya melihat dan menyaksikan perasaan kasih dan belas ihsan ribuan rakyat New Zealand dan penduduk dari segenap benua, mengisi jutaan lain yang tidak berada di sini secara fizikalnya, namun semangat.

“Pengganas ini mahu memecahbelahkan negara kita dengan ideologi jahat yang sudah memecahbelahkan dunia.

“Namun sebaliknya, kita menunjukkan New Zealand tidak dapat dipecahkan dan dunia dapat melihat kita sebagai contoh kasih sayang dan perpaduan.

“Kita amat bersedih, namun kita tidak berpecah belah. Kita masih hidup. Kita bersatu. Kita bertekad untuk tidak membiarkan sesiapa memecahbelahkan kita..."

“Ideologi jahat ketuanan kulit putih tidak membawa apa-apa makna buat kita pada mulanya, namun ia menyerang kita paling teruk. Jumlah mangsa yang terbunuh bukan biasa, namun sokongan di New Zealand amat luar biasa.

“Kepada keluarga mangsa, orang tersayang anda tidak mati sia-sia. Darah mereka mengalir dengan benih harapan. Menerusi mereka, dunia melihat keindahan Islam dan keindahan penyatuan kita."

“Mereka adalah yang terbaik di kalangan kita, diambil daripada kita pada hari yang terbaik, di tempat terbaik dan melaksanakan suruhan paling mulia.

“Mereka bukan hanya syahid kerana Islam, namun negara ini. Kehilangan mereka adalah satu kekuatan dan kepada penyatuan New Zealand. Pemergian mereka adalah satu kesedaran bukan hanya untuk negara, tetapi seluruh kemanusiaan."

“Kita berhimpun di sini, dengan semua kepelbagaian adalah bukti kemanusiaan bersama. Kita berada di sini untuk satu tujuan, kebencian akan dirungkai dan kasih sayang akan menggantikannya.

“Kepada rakyat New Zealand, terima kasih. Terima kasih atas air mata anda. Terima kasih untuk haka anda. Terima kasih atas bunga anda. Terima kasih atas kasih sayang dan belas ihsan anda." 

Sumber : AFP/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan