Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

New Zealand tafakur seminit, memperingati mangsa bencana gunung berapi White Island

Siasatan rasmi mengenai letusan gunung berapi White Island di New Zealand seminggu lalu mungkin mengambil masa sehingga setahun.

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand tafakur seminit, memperingati mangsa bencana gunung berapi White Island

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern bersama kabinetnya bertafakur untuk seminit bagi memperingati mangsa bencana gunung berapi White Island yang meledak pada 9 Dis 2019. (Gambar: Hagen Hopkins/AFP)

Diterbitkan : 16 Dec 2019 04:27PM Dikemas Kini : 16 Dec 2019 04:29PM

WELLINGTON: Siasatan rasmi mengenai letusan gunung berapi White Island di New Zealand seminggu lalu mungkin mengambil masa sehingga setahun.

Dalam sidang media hari ini (16 Dis) Perdana Menteri Jacinda Arden juga mengumumkan dana NZ$5 juta (S$4 juta) untuk membantu para peniaga kecil yang terjejas oleh letusan itu.

PM Arden mengetuai seluruh New Zealand petang tadi untuk
bertafakur selama seminit bagi menandakan genap seminggu tragedi itu berlaku.

Upacara tersebut berlangsung tepat 2.11 petang waktu tempatan iaitu detik terjadinya letusan gunung berapi White Island pada Isnin lalu (9 Dis).

Seramai 16 pelancong asing dan dua rakyat tempatan meninggal dunia. Bagaimanapun, baki dua mayat belum lagi ditemui.

Gerakan mencari mayat-mayat itu diteruskan di perairan White Island.

Semasa letusan pada Isnin lalu, 47 orang berada di pulau gunung berapi itu, kebanyakannya pelancong termasuk 24 rakyat Australia.

Siasatan jenayah dilakukan berhubung tragedi itu kerana amaran bahaya sudahpun dikeluarkan seminggu sebelum letusan berlaku. 

Sumber : Reuters/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan