Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

New Zealand sambung misi cari 2 lagi mayat

Polis New Zealand menyatakan bahawa pihaknya akan meneruskan usaha mencari di perairan berhampiran White Island pada hari ini (14 Dis). 

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand sambung misi cari 2 lagi mayat

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 14 Dec 2019 10:35AM Dikemas Kini : 18 Dec 2019 03:44AM

WELLINGTON: Polis New Zealand menyatakan bahawa pihaknya akan meneruskan usaha mencari di perairan berhampiran White Island pada hari ini (14 Dis). Ini bagi menarik keluar dua lagi mayat menyusuli letusan gunung berapi awal minggu ini.

Enam mayat sudah ditarik keluar semalam (13 Dis) selepas pasukan tentera yang memakai topeng gas dan pakaian hazmat pergi ke pulau berkenaan untuk menarik keluar mayat dalam misi berisiko tinggi itu.

Menurut pihak polis, para pegawainya tidak dapat menarik keluar dua lagi mayat tetapi berjaya menemui sekurang-kurangnya satu mayat dalam air tidak jauh dari pantai.

“Skuad Penyelam Polis dan penyelam tentera laut menyambung operasi pagi ini untuk mencari mayat yang dilihat di dalam air Selasa lalu,” menurut polis dalam kenyataannya.

Pihak polis menyatakan, para pegawainya tidak akan kembali ke pulau itu untuk memulakan pencarian di darat hari ini, sambil menambah bahawa pihaknya akan menganalisis semua maklumat yang ada dan menilai langkah seterusnya.

"Perancangan hari ini akan membolehkan kami kembali ke pulau itu untuk meneruskan pencarian di darat, apabila persekitaran di sekitar dan sekeliling pulau itu selamat.

“Pasukan mencari tidak akan ke pulau berkenaan hari ini,” menurut pihak polis dalam kenyataannya.

Gunung berapi itu, yang menjadi destinasi pelancongan popular, meletus Isnin lalu, sekali gus memuntahkan asap, wap dan gas ke ruang udara pulau berkenaan. Antara 47 pelancong yang berada di pulau berkenaan ketika kejadian itu berlaku adalah pelancong dari Australia, Amerika Syarikat, Jerman, China, Britain dan Malaysia.

Angka korban kini seramai 14 mangsa, dengan dua mayat masih dilaporkan hilang.                                                                      

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan