Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

New Zealand sahkan kes masyarakat COVID-19 pertama dalam lebih 2 bulan

New Zealand pada Isnin (25 Jan) mengesahkan ia sedang menyiasat satu kes COVID-19 dalam masyarakat yang dilaporkan pada Ahad, kes domestik pertama dalam masa lebih dua bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand sahkan kes masyarakat COVID-19 pertama dalam lebih 2 bulan

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 25 Jan 2021 09:57AM Dikemas Kini : 25 Jan 2021 10:09AM

WELLINGTON: New Zealand pada Isnin (25 Jan) mengesahkan ia sedang menyiasat satu kes COVID-19 dalam masyarakat yang dilaporkan pada Ahad, kes domestik pertama dalam masa lebih dua bulan.

Jangkitan pada seorang wanita 56 tahun yang pulang ke New Zealand pada 30 Disember itu adalah koronavirus jenis Afrika Selatan, dedah menteri tindak balas COVID-19 Chris Hipkins semasa satu sidang media.

Tiada kes masyarakat lain yang dilaporkan dan pihak berkuasa menyatakan sumber jangkitan mungkin ialah orang lain di kemudahan kuarantin yang pulang dari luar negara.

New Zealand, salah satu negara maju yang paling berjaya mengendalikan penularan pandemik itu, terakhir mencatat penularan koronavirus dalam masyarakat pada 18 November, menurut laman web kementerian kesihatan.

Sekatan pergerakan dan perjalanan rentas daerah membantu New Zealand menghapuskan hampir sepenuhnya penularan COVID-19 dalam sempadannya.

Negara yang mempunyai 5 juta penduduk itu hanya mempunyai 1,927 kes yang disahkan. Namun dengan pandemik itu terus berleluasa di seluruh dunia, lebih ramai orang yang pulang ke New Zealand membawa jangkitan, termasuk jenis-jenis baru, menimbulkan kebimbangan virus itu akan menular lagi dalam masyarakat.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan