Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

New Zealand rancang haramkan pembelian rokok seumur hidup untuk basmi tabiat buruk

Jika diluluskan, penduduk New Zeland bermula dari kohort berusia 14 tahun pada 2027 tidak akan dibenarkan untuk membeli rokok di negara itu buat seumur hidup mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand rancang haramkan pembelian rokok seumur hidup untuk basmi tabiat buruk

(Gambar fail: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 09 Dec 2021 12:28PM Dikemas Kini : 09 Dec 2021 12:31PM

REUTERS: Pemerintah New Zealand bercadang untuk melarang golongan muda daripada membeli rokok seumur hidup mereka, dalam salah satu tindakan keras paling sukar di dunia terhadap industri tembakau. Pemerintah memberi alasan bahawa usaha-usaha lain untuk membasmi tabiat buruk itu mengambil masa terlalu lama.

Penduduk yang berusia 14 tahun pada 2027, apabila undang-undang itu dijadualkan berkuat kuasa, tidak akan dibenarkan sama sekali untuk membeli rokok di sisi undang-undang.

Dalam pada masa sama, negara Pasifik dengan lima juta penduduk itu akan mengurangkan tahap kandungan nikotin dalam semua rokok yang dijual.

"Kami mahu memastikan golongan muda tidak akan pernah mula merokok jadi kami akan menjadikannya satu kesalahan untuk menjual atau membekalkan produk tembakau kepada kohort belia baru," kata Menteri Bersekutu Kesihatan New Zealand Ayesha Verrall dalam satu kenyataan.

Pemerintah akan berunding dengan pasukan bertindak kesihatan Maori dalam beberapa bulan mendatang sebelum membentangkan undang-undang itu di Parlimen pada Jun tahun depan. Ia bertujuan menguatkuasakannya sebagai satu undang-undang menjelang hujung 2022.

Ini akan menjadikan industri tembakau runcit New Zealand antara yang paling tersekat di dunia, menyusuli Bhutan di mana penjualan rokok diharamkan sama sekali.

Negara jiran New Zealand, Australia, adalah negara pertama di dunia yang mewajibkan bungkusan rokok biasa pada 2012.

Pemerintah New Zealand menyatakan langkah-langkah sedia ada seperti bungkusan rokok biasa dan levi ke atas penjualan rokok telahpun memperlahankan penggunaan tembakau. Namun, negara itu tidak mungkin mencapai matlamatnya untuk menghadkan jumlah penduduk yang merokok setiap hari di bawah 5 peratus menjelang 2025 sekiranya langkah lanjut tidak diambil. 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan