Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

New Zealand larang warga asing beli rumah bagi tangani isu kekurangan rumah

Warga asing di New Zealand dilarang daripada membeli rumah-rumah sedia ada mulai esok (22 Okt). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Oct 2018 06:41PM Dikemas Kini : 21 Oct 2018 11:32PM

WELLINGTON: Warga asing di New Zealand dilarang daripada membeli rumah-rumah sedia ada mulai esok (22 Okt). Langkah itu sebahagian daripada usaha pemerintah baru bagi menghuraikan masalah kekurangan rumah di negara tersebut.

Isu tersebut sebelum ini membawa kepada tumbangnya pemerintahan lama setelah hampir sedekad berkuasa.

Pemerintah sekarang yang dipimpin oleh Cik Jacinda Arden, meluluskan Rang Undang-undang perumahan itu pada bulan Ogos.

Rang tersebut mengharamkan pembelian rumah-rumah oleh bukan warga negara dan bukan pemastautin, melainkan ia adalah apartmen yang baru dibina.

Untuk membeli rumah sedia ada, individu perlu menjadi rakyat New Zealand atau warga tetap yang sudah tinggal di negara itu buat sekurang-kurangnya satu tahun.

Warga Australia dan Singapura bagaimanapun dikecualikan daripada larangan baru itu.

Cik Ardern menyalahkan spekulator luar negara kerana melonjakkan harga rumah, membuatkan ramai warga muda New Zealand tidak mampu untuk membeli rumah pertama mereka. 

Sumber : Reuters/FZ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan