Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

New Zealand kembali catat kes baru COVID-19 dalam masyarakat; Auckland laksana semula perintah berkurung

New Zealand pada Selasa (11 Ogos) mengesahkan kes baru COVID-19 dalam masyarakat setelah mencatatkan rekod 102 hari tanpa jangkitan baru dalam negeri.

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand kembali catat kes baru COVID-19 dalam masyarakat; Auckland laksana semula perintah berkurung

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 11 Aug 2020 06:59PM Dikemas Kini : 11 Aug 2020 07:05PM

WELLINGTON: New Zealand pada Selasa (11 Ogos) mengesahkan kes baru COVID-19 dalam masyarakat setelah mencatatkan rekod 102 hari tanpa jangkitan baru dalam negeri.

Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata empat sekeluarga di Auckland Selatan disahkan dijangkiti virus korona.

Cik Ardern mengumumkan bahawa Auckland akan melaksanakan tahap sekatan waspada ke tahap 3 mulai tengah hari Rabu selama tiga hari.

"Selepas 102 hari, kita mencatat kes pertama COVID-19 di luar kemudahan pengasingan atau kuarantin ... Walaupun kita semua telah bekerja sangat keras untuk mencegah senario ini, kita juga sudah membuat rancangan dan siap untuk menghadapinya," kata beliau lagi.

Bahagian lain negara itu juga meningkatkan sekatan waspada ke tahap 2 mulai Rabu, tambahnya.

Dalam satu sidang media, PM Ardern berkata bahawa sumber kes baru itu belum dikenal pasti, dan tidak ada kaitan langsung dengan kemudahan pengasingan yang dikendalikan atau dengan individu berisiko tinggi.

"Maka itu kita perlu mengambil pendekatan pencegahan yang jauh lebih berhati-hati sehingga kita dapat mencari sumber kes ini dan memastikan kita dapat mengurangkan risiko penularan yang lebih luas," katanya.

"Salah satu pengajaran paling penting yang kita pelajari dari luar negara adalah perlunya ambil langkah ketat dan awal untuk menangani jangkitan bagi mengelakkan risiko penularan lebih meluas."

Sekolah-sekolah dan prasekolah di Auckland akan ditutup kepada semua pelajar kecuali mereka yang ibu bapanya adalah pekerja khidmat penting.

Kemudahan awam, bar, restoran dan perniagaan lain juga harus ditutup, dan penduduk mesti tinggal di rumah sebanyak mungkin.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan