Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

New Zealand buka semula sempadan kepada pelawat asing mulai 30 Apr 2022

New Zealand akan terus menutup sempadannya selama lima bulan lagi kepada sebahagian besar pelawat antarabangsa, menurut pemerintah negara itu pada Rabu (24 Nov), sekali gus menggariskan pelonggaran kawalan sempadan secara berhati-hati yang sudah dilaksanakannya sejak COVID-19 melanda pada Mac 2020.

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand buka semula sempadan kepada pelawat asing mulai 30 Apr 2022

Bandar Auckland, New Zealand (Gambar hiasan: Dean Purcell/NZ Herald melalui AP)

Diterbitkan : 24 Nov 2021 02:44PM Dikemas Kini : 24 Nov 2021 02:45PM

WELLINGTON: New Zealand akan terus menutup sempadannya selama lima bulan lagi kepada sebahagian besar pelawat antarabangsa, menurut pemerintah negara itu pada Rabu (24 Nov), sekali gus menggariskan pelonggaran kawalan sempadan secara berhati-hati yang sudah dilaksanakannya sejak COVID-19 melanda pada Mac 2020.

Selain pengasingan dari segi geografi, negara di Selatan Pasifik itu menguatkuasakan antara sekatan pandemik yang paling ketat dalam kalangan negara-negara OECD bagi membendung penularan COVID-19 dan membantu ekonominya pulih lebih pantas berbanding negara-negara lain.

Penularan varian Delta yang mudah berjangkit pada awal tahun ini bagaimanapun memaksa negara itu mengubah strateginya, dengan bandar utama Auckland kini hanya dibenarkan untuk dibuka semula secara berperingkat selepas kadar vaksinasinya meningkat.

Para pelawat antarabangsa yang lengkap divaksin dibenarkan memasuki negara itu mulai 30 April 2022, dengan pembukaan semula dijalankan secara berperingkat, dedah Menteri Respons COVID-19 Chris Hipkins di satu sidang media.

Warga New Zealand yang lengkap divaksin dan para pemegang visa dari Australia boleh melakukan perjalanan ke New Zealand mulai 16 Januari sementara warga New Zealand dan pemegang visa dari sebahagian besar negara lain hanya dibenarkan memasuki negara tersebut mulai 13 Februari.

"Pendekatan secara berperingkat untuk berhubung semula dengan seluruh dunia adalah pendekatan yang paling selamat bagi memastikan risiko dapat dikawal dengan teliti," kata Hipkins.

"Ini mengurangkan sebarang kesan yang berpotensi menjejas golongan masyarakat yang mudah terjejas dan sistem kesihatan New Zealand."

Para pelawat tidak lagi perlu diletakkan di kemudahan kuarantin, katanya, namun langkah-langkah lain perlu dilaksanakan termasuk diuji negatif COVID-19 sebelum berlepas, bukti lengkap divaksin dan menjalani ujian COVID-19 sebaik tiba di negara itu.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan