Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

New Zealand beri anugerah kepada polis yang tangkap suspek serangan Christchurch

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern menyampaikan anugerah keberanian kepada dua pegawai polis dalam satu majlis privet pada Rabu (16 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand beri anugerah kepada polis yang tangkap suspek serangan Christchurch

(Gambar: Reuters/Edgar Su)

Diterbitkan : 16 Oct 2019 05:29PM Dikemas Kini : 16 Oct 2019 05:33PM

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern menyampaikan anugerah keberanian kepada dua pegawai polis dalam satu majlis privet pada Rabu (16 Okt) kerana sanggup meletakkan nyawa mereka dalam bahaya untuk menahan dan memberkas lelaki yang dituduh membunuh seramai 51 orang di dua masijd Christchurch pada Mac.

Selepas serangan tembakan beramai-ramai terhadap para jemaah di kedua-dua masjid, suspek itu sedang dalam perjalanan ke masjid ketiga apabila para pegawai merempuh keretanya dan memberkasnya.

"Kesemua pegawai akan memikirkan bagaimana mereka akan bertindak apabila berdepan dengan situasi yang meletakkan diri mereka dalam bahaya," menurut presiden Persatuan Polis New Zealand, Encik Chris Cahill, dalam satu kenyataan.

"Kedua-dua pegawai itu sudah menjawab persoalan itu dengan mengambil tindakan yang berani dan mengagumkan dan melindungi ramai lain daripada cedera."

Warga Australia Brenton Tarrant, seorang suspek pelampau haluan kanan kulit putih, mengaku tidak bersalah atas 92 tuduhan berkaitan pembunuhan beramai-ramai itu.

Tindakan oleh para pegawai itu membantu menyelamatkan nyawa, kerana lelaki bersenjata itu merancang untuk melakukan lebih banyak serangan di bandar tersebut. Identiti para pegawai itu tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah sementara menanti perbicaraan.

Para penerima anugerah itu berkata bahawa mereka ialah sebahagian daripada operasi besar-besaran yang membawa kepada penahanan itu.  

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan