Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

New Zealand batal upacara peringatan serangan Christchurch kerana virus korona

New Zealand membatalkan upacara memperingati setahun serangan ke atas masjid di Christchurch menyusuli kebimbangan terhadap penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand batal upacara peringatan serangan Christchurch kerana virus korona

Gambar fail Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 14 Mar 2020 11:12AM Dikemas Kini : 14 Mar 2020 11:16AM

CHIRSTCHURCH: New Zealand membatalkan upacara memperingati setahun serangan ke atas masjid di Christchurch menyusuli kebimbangan terhadap penularan COVID-19.

Acara yang dijadualkan di Christchurch pada Ahad, dijangka menarik ramai orang yang berkunjung dari sekitar New Zealand dan luar negara.

"Ini adalah keputusan pragmatik. Kami sangat sedih untuk membatalkannya, tetapi dalam mengingati tragedi yang begitu dahsyat, kita tidak seharusnya mencetuskan lagi risiko bahaya kepada rakyat,” kata Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dalam satu kenyataan.

Serangan ke atas masjid itu dilakukan suspek radikal kulit putih pada 15 Mac tahun lalu.

Serangan menggunakan senapang separa automatik itu disasarkan kepada para jemaah yang menunaikan solat Jumaat di bandar terbesar di South Island, dan penyerangnya menyiarkan insiden tembakan terburuk di New Zealand itu secara langsung melalui Facebook.

Warga Australia, Brenton Tarrant, yang menghadapi 92 pertuduhan berhubung serangan di masjid Al Noor dan Linwood, mengaku tidak bersalah dan akan dibicarakan Jun ini.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan