Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

New Zealand, Australia sambung semula penerbangan

Para penumpang dalam penerbangan pertama dari New Zealand ke Australia selamat mendarat di Sydney.

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand, Australia sambung semula penerbangan

Gambar pesawat-pesawat jenis Boeing 737-888 Qantas Airways di Lapangan Terbang Adelaide. (Gambar: David Gray/Reuters)

Diterbitkan : 16 Oct 2020 06:46PM Dikemas Kini : 16 Oct 2020 06:48PM

WELLINGTON: Para penumpang dalam penerbangan pertama dari New Zealand ke Australia selamat mendarat di Sydney.

Di bawah perjanjian perjalanan udara yang dipersetujui, para pelawat dari New Zealand tidak perlu menjalani kuarantin di Australia.

Penerbangan antara kedua-dua negara yang membawa lebih 350 penumpang disambung semula pada pagi Jumaat (16 Okt).

Qantas, Jetstar, Air New Zealand dan Qatar Airways menjadualkan 16 penerbangan setiap minggu.

Air New Zealand menyatakan sekitar 90 peratus penumpang hari ini melakukan perjalanan sehala.

Ini memandangkan peraturan perjalanan antara Australia dengan New Zealand bukan timbal balik.

New Zealand memerlukan para penumpang yang tiba di negara itu untuk dikuarantin selama dua minggu.

Ketua eksekutif lapangan terbang Auckland menyifatkan pembukaan sementara hari ini sebagai "suatu langkah utama penting dalam mengembalikan semula perjalanan antarabangsa".

Beliau berharap New Zealand dapat melonggarkan sekatan-sekatan bagi mereka yang tiba dari Australia kelak.

Gelombang kedua jangkitan COVID-19 dalam beberapa bulan lalu menjejas perjalanan Rentas-Tasman.

Sumber : CNA/SY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan