Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

New Zealand akan adakan upacara peringatan bagi mangsa serangan Christchurch

New Zealand akan mengadakan satu upacara khas bagi memperingati para mangsa yang terkorban akibat serangan yang dilancarkan ke atas dua buah masjid di Christchurch.

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand akan adakan upacara peringatan bagi mangsa serangan Christchurch

New Zealand akan mengadakan satu upacara khas bagi memperingati para mangsa yang terkorban. (Gambar: Mark Baker/AP)

Diterbitkan : 24 Mar 2019 02:55PM Dikemas Kini : 24 Mar 2019 02:58PM

CHRISTCHURCH: New Zealand akan mengadakan satu upacara khas bagi memperingati para mangsa yang terkorban akibat serangan yang dilancarkan ke atas dua buah masjid di Christchurch.

Ini diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada Ahad (24 Mac).

Upacara silang agama itu akan diadakan di Christchurch, 2 minggu selepas seorang penyokong tegar kuasa kulit putih menembak mati 50 jemaah yang berhimpun di kedua-dua masjid berkenaan untuk mengerjakan solat Jumaat pada 15 Mac.

"Upacara peringatan ini memberi peluang kepada para penduduk Christchurch, rakyat New Zealand dan warga dunia untuk sama-sama memperingati mangsa serangan pengganas itu," kata Perdana Menteri Jacinda Ardern dalam kenyataannya.

"New Zealand dibanjiri dengan sokongan dan kata-kata perangsang dari seluruh dunia sejak berlakunya serangan pengganas di negara kita," dedah PM Ardern.

"Upacara ini akan sekali lagi menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa rakyat New Zealand penuh ihsan, inklusif dan pelbagai dan kita akan terus menjunjung tinggi nilai-nilai ini."

Pembunuhan beramai-ramai itu menggemparkan New Zealand yang sejak sekian lama terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan damai dan keadaan diburukkan lagi dengan tindakan si penyerang menyiarkan secara langsung perbuatannya di Facebook.

Serangan kejam itu turut menyebabkan berpuluh-puluh orang cedera, dengan ramai daripada mereka yang cedera parah.

Lelaki warga Australia, Brenton Tarrant 28 tahun, diberkas dalam masa beberapa minit selepas melancarkan serangan tersebut dan dia sudah didakwa dengan tuduhan membunuh.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan