Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

New York rayu lebih banyak vaksin setelah angka korban COVID-19 cecah paras rekod

Bekalan yang kurang itu menghambat usaha New York untuk mempergiatkan kempen imunisasi. 

Anggaran Waktu Membaca:
New York rayu lebih banyak vaksin setelah angka korban COVID-19 cecah paras rekod

Lokasi vaksin COVID-19 di New York. (Gambar: REUTERS/Brendan McDermid)

Diterbitkan : 14 Jan 2021 08:12AM Dikemas Kini : 14 Jan 2021 08:20AM

NEW YORK: Sedang Amerika Syarikat mencatat angka korban tertinggi dalam sehari sejak pandemik koronavirus itu bermula awal tahun 2020, Datuk Bandarnya Bil de Blasio berkata bandar itu akan gagal mencapai matlamat vaksin selagi tidak menerima lebih banyak bekalan.

Encik de Blasio berkata bekalan yang kurang itu menghambat usaha New York untuk mempergiatkan kempen imunisasi. Rayuan beliau itu dibuat sedang negara itu berdepan kesukaran untuk mencapai sasaran keseluruhannya. Proses vaksinasi itu jauh di belakang sasaran 20 juta orang.

"Kita memerlukan pemerintah persekutuan, pemerintah wilayah dan pengilang untuk berusaha lebih keras dan segera memberikan lebih banyak bekalan kepada kami," kata Encik de Blasio.

Bandar dengan jumlah penduduk paling ramai itu sedang menambah lokasi-lokasi vaksinasi di lima kawasan undinya, termasuk dua taman utama Liga Besbol dan sudah berjaya melonggarkan sekatan-sekatan ke atas sesiapa yang layak menerima vaksin, kata Encik de Blasio.

New York sedang dalam proses untuk memberikan suntikan vaksin kepada sejuta daripada lapan juta penduduknya menjelang hujung bulan ini tetapi hanya jika bekalan yang diterimanya mencukupi, kata beliau.

"Saya mengesahkan dengan pasukan jagaan kesihatan semalam bahawa walaupun terdapat bekalan biasa yang kita jangka akan sampai pada minggu depan, kita tetap akan mengalami kekurangan vaksin pada minggu depan kecuali kita menerima bekalan baru yang lebih banyak," tambah beliau.

Di Pusat Javits di Manhattan yang dijadikan hospital sementara pada April lalu, para pegawai kesihatan mengatakan mereka bersedia untuk menyuntik vaksin ke atas 10,000 orang dalam tempoh 12 jam dengan keupayaan menaikkan jumlahnya kepada 25,000 dalam masa 24 jam.

"Kami menganggap ini sebagai mobilisasi perang dan dan nyawa terus terancam setiap minit setiap hari," Pesuruhjaya Kesihatan Howard Zucker memberitahu wartawan.

Di seluruh negara, lebih sepertiga daripada 29.4 juta dos yang diagihkan kepada wilayah-wilayah di merata negara sudah digunakan, menurut data yang dikumpulkan daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan