Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

New York cipta sejarah pilih anggota Kongres wanita termuda di AS

Cik Alexandria Ocasio-Cortez, calon Parti Demokrat di New York bagi Dewan Perwakilan, mencipta sejarah dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat pada Selasa (6 Nov), apabila menjadi wanita paling muda yang dipilih sebagai anggota kongres di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
New York cipta sejarah pilih anggota Kongres wanita termuda di AS

Cik Alexandria Ocasio-Cortez. (Gambar: Alexandria Ocasio-Cortez/Facebook)

Diterbitkan : 07 Nov 2018 10:23PM Dikemas Kini : 07 Nov 2018 10:33PM

NEW YORK: Cik Alexandria Ocasio-Cortez, calon Parti Demokrat di New York bagi Dewan Perwakilan, mencipta sejarah dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat pada Selasa (6 Nov), apabila menjadi wanita paling muda yang dipilih sebagai anggota kongres di negara itu.

Menurut agensi berita China Xinhua, ahli politik berusia 29 tahun itu menang besar di kubu kuat Parti Demokrat ketika berdepan Encik Anthony Pappas, yang kehilangan sokongan anggota Parti Republikan bulan lepas setelah mengaku bahawa isterinya menuduh beliau melakukan keganasan rumah tangga.

Dilahirkan di kawasan Bronx dalam Bandaraya New York dalam sebuah keluarga yang berasal dari Puerto Rico, Cik Ocasio-Cortez mengejutkan Amerika Syarikat dalam pemilihan Parti Demokrat pada Jun apabila menewaskan penyandang Dewan Perwakilan bagi kerusi New York iaitu Encik Joe Crowley, yang turut berkhidmat sebagai Pengerusi Kaukus Demokrat.

Cik Ocasio-Cortez memulakan kerjaya politiknya sebagai penganjur bagi calon Parti Demokrat iaitu Encik Bernie Sanders pada kempen pemilihan presiden pada 2016, dan mengisytiharkan diri beliau sebagai seorang sosialis demokrat.

Kemenangan yang diraih beliau pada Selasa (6 Nov) memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh Cik Elise Stefanik, wakil Dewan Perwakilan bagi New York dari Parti Republikan yang dipilih menganggotai kongres dalam tahun 2015 ketika berusia 30 tahun.

"Ini adalah sesuatu yang boleh berlaku apabila setiap hari orang ramai bersatu hati dalam menyedari bahawa semua tindakan kita, tidak kira kecil atau besar, adalah berkuasa, bermanfaat dan mampu melakar perubahan yang berkekalan," kata Cik Ocasio-Cortez dalam ucapan kemenangan beliau pada malam Selasa.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan