New South Wales longgarkan sekatan COVID-19 bagi kanak-kanak bagi atasi tekanan pandemik
Kanak-kanak dan remaja di wilayah New South Wales, Australia diberikan kelonggaran untuk mengatasi tekanan akibat pandemik COVID-19.
NEW SOUTH WALES: Kanak-kanak dan remaja di wilayah New South Wales, Australia diberikan kelonggaran untuk mengatasi tekanan akibat pandemik COVID-19.
Mereka kini dibenarkan bermain dengan rakan-rakan sebaya.
Ini selepas Menteri Kesihatan Australia Brad Hazzard melahirkan kebimbangan tentang potensi kanak-kanak yang belum divaksin menyebabkan penularan koronavirus itu.
Menurut Encik Hazzard, perlu ada kesimbangan, kerana isu-isu kesihatan mental dan pergaulan sosial, perlu diimbangi.
Di bawah daya usaha baru itu, kanak-kanak berusia kurang 18 tahun boleh memilih tiga rakan yang dibenarkan ke rumah masing-masing.
Mereka juga harus tinggal dalam lingkungan 5 kilometer dan kesemua dewasa di dalam rumah mereka sudahpun divaksin sepenuhnya.
Sementara itu, New South Wales melaporkan 1,022 kes positif COVID-19 hari ini (21 Sep), berbanding 935 kes semalam (20 Sep).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.