Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Netizen terhibur tonton Sultan Johor masak di dapur

 Sememangnya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dikenali dengan sikapnya yang mesra dan berjiwa rakyat. 

Anggaran Waktu Membaca:
Netizen terhibur tonton Sultan Johor masak di dapur

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Diterbitkan : 12 Feb 2020 06:42PM Dikemas Kini : 12 Feb 2020 06:46PM

KUALA LUMPUR: Sememangnya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dikenali dengan sikapnya yang mesra dan berjiwa rakyat.

Menerusi perkongsian di laman Facebook semalam (11 Feb), Sultan Ibrahim berkongsi satu video memasak nasi goreng istimewa khusus untuk rakan-rakannya, lapor Astro Awani.

Gelagatnya yang melucukan turut mencuit hati rakan-rakan yang turut berada di dapur tersebut.

Malah, rata-rata netizen yang menonton video berkenaan terhibur dan teruja dengan keletah beliau, menurut Astro Awani.

Di akhir video itu, Sultan Ibrahim berseloroh, tidak akan memasak lagi jika rakan-rakan mengatakan nasi goreng istimewa berkenaan tidak sedap.

Ia sekali gus mengundang ketawa rakan-rakan di dapur tersebut, lapor Astro Awani.

Video di Facebook Sultan Ibrahim itu mendapat lebih 55,000 Likes hanya dalam masa dua jam selepas dimuat naik ke laman sosial itu. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan