Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Netanyahu ikrar tambah petempatan Lembah Jordan menjelang pilihan raya

Ikrar yang dibuat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menjelang pilihan raya, untuk menambah petempatan di Lembah Jordan di Tebing Barat mendapat pujian sekutu-sekutu berhaluan kanan pada Rabu (11 Sep) namun disifatkan oleh para penentangnya sebagai percubaan terdesak untuk mengekalkan kuasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Netanyahu ikrar tambah petempatan Lembah Jordan menjelang pilihan raya

Encik Benjamin Netanyahu menyampaikan ucapan pada 10 Sep (Gambar: Reuters/Amir Cohen)

Diterbitkan : 11 Sep 2019 11:35PM Dikemas Kini : 11 Sep 2019 11:37PM

BAITULMAKDIS: Ikrar yang dibuat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menjelang pilihan raya, untuk menambah petempatan di Lembah Jordan di Tebing Barat mendapat pujian sekutu-sekutu berhaluan kanan pada Rabu (11 Sep) namun disifatkan oleh para penentangnya sebagai percubaan terdesak untuk mengekalkan kuasa.

Dalam usahanya untuk kembali berkuasa dalam pilihan raya 17 September nanti, Encik Netanyahu membuat ikrar yang mencetuskan kontroversi pada Selasa malam yang dikutuk warga Palestin, negara-negara Arab, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah (EU).

Dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen Encik Netanyahu mengumumkan beliau akan menambah petempatan di lembah strategik itu yang membentuk sepertiga daripada kawasan Tebing Barat yang ditakluki, jika beliau memenangi pilihan raya.

Beliau menegaskan niatnya untuk menambah petempatan-petempatan Israel di kawasan lebih luas Tebing Barat namun ini akan diselaraskan dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Turmp, yang dijangka akan membentangkan rancangan damainya selepas pilihan raya.

Kesemua langkah ini boleh memusnahkan sebarang harapan bagi huraian dua negara dalam konflik Israel-Palestin.

"Sebarang keputusan Israel untuk melaksanakan undang-undang, bidang kuasa dan pentadbirannya ke atas Tebing Barat yang ditakluki, tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa," kata jurucakap PBB Stephane Dujarric.

EU menyatakan rancangan Encik Netanyahu akan "menjejas huraian dua negara dan prospek keamanan yang berpanjangan."

Para pemimpin Palestin pula berkata Encik Netanyahu menghancurkan sebarang harapan untuk kedamaian.

HAMAS, ISRAEL BERBALAS SERANGAN

Pengumuman Encik Netanyahu pada Selasa hanya satu titik permulaan malam yang tegang.

Lewat Selasa malam, Encik Netanyahu diminta meninggalkan pentas semasa rapat kempen pilihan raya apabila semboyan berbunyi memberi amaran serangan roket ke atas bandar selatan, Ashdod.

Kedua-dua roket dari Gaza dipintas sistem pertahanan udara Israel.

Israel kemudian membedil beberapa pangkalan Hamas di Gaza sebagai tindak balas. Tiada kecederaan dilaporkan.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan