Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Netanyahu ikrar beku dana Palestin selepas remaja Israel terbunuh

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, yang sedang berkempen untuk melanjutkan penggal pemerintahannya, berikrar pada Ahad (10 Feb) untuk membekukan pemindahan wang oleh Israel kepada pihak berkuasa Palestin (PA) selepas seorang remaja perempuan Israel terbunuh diserang penduduk Palestin.

Anggaran Waktu Membaca:
Netanyahu ikrar beku dana Palestin selepas remaja Israel terbunuh

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu. (Gambar: REUTERS/Ronen Zvulun/Files)

Diterbitkan : 11 Feb 2019 10:27AM Dikemas Kini : 15 Feb 2019 07:52AM

BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, yang sedang berkempen untuk melanjutkan penggal pemerintahannya, berikrar pada Ahad (10 Feb) untuk membekukan pemindahan wang oleh Israel kepada pihak berkuasa Palestin (PA) selepas seorang remaja perempuan Israel terbunuh diserang penduduk Palestin.

Israel mengutip kira-kira AS$127 juta (S$172.2 juta) sebulan dari cukai kastam yang dikenakan ke atas barangan untuk pasaran di Palestin yang melalui pelabuhan Israel. Ia kemudian membayar kutipan itu kepada PA.

Parlimen Israel, Knesset, tahun lalu meluluskan undang-undang untuk menyekat sebahagian dana, sebagai tindak balas terhadap bayaran PA kepada ahli keluarga rakyat Palestin yang dipenjara oleh Israel kerana menyerang warganya.

"Ahad depan, saya akan mengadakan mesyuarat kabinet keselamatan dan kami akan meluluskan keputusan perlu untuk memotong dana. Pastinya, dana akan dipotong pada awal minggu depan," kata Encik Netanyahu.

RUMAH WARGA PALESTIN AKAN DIROBOHKAN

Tentera Israel pada Ahad menyatakan ia sudah bersiap sedia untuk merobohkan rumah penduduk Palestin di Tebing Barat yang disyaki membunuh gadis Israel bernama Ori Ansbacher. Para pegawai keselamatan mengenalpasti suspek sebagai Arafat Irfaiya, 29 tahun, yang menetap di bandar Hebron, Tebing Barat.

Israel pernah menyekat dana sebelum ini, antaranya sebagai tindak balas terhadap kemasukan Palestin sebagai anggota penuh UNESCO pada 2011.

PA, yang mempunyai kuasa pentadbiran terhad di beberapa bahagian Tebing Barat, amat bergantung kepada dana bantuan dari luar.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan