Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Netanyahu diperintah hadir pada hari pertama perbicaraan kes rasuah

Mahkamah Israel pada Rabu (20 Mei) memerintahkan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu hadir pada hari pertama perbicaraan kes rasuahnya yang dijadualkan pada 24 Mei ini, lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Netanyahu diperintah hadir pada hari pertama perbicaraan kes rasuah

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 21 May 2020 02:04PM Dikemas Kini : 21 May 2020 02:06PM

BAITULMAKDIS: Mahkamah Israel pada Rabu (20 Mei) memerintahkan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu hadir pada hari pertama perbicaraan kes rasuahnya yang dijadualkan pada 24 Mei ini, lapor agensi berita Xinhua.

Pada Selasa, Mahkamah Daerah Baitulmakdis menolak permohonan peguam yang mewakili Netanyahu untuk mengecualikan beliau hadir pada hari itu.

Peguam berpendapat kehadiran Netanyahu tidak perlu kerana beliau sudah dimaklumkan mengenai "dakwaan ini beberapa kali" dan lima pengawal peribadi diperlukan untuk menjaga keselamatan Netanyahu, yang membabitkan kos tinggi yang perlu ditanggung pemerintah negara itu.

Pada Ahad, pemimpin paling lama berkhidmat di Israel itu mengangkat sumpah jawatan selepas berjaya membentuk pemerintah perpaduan dengan bekas pesaingnya, Benny Gantz, pemimpin parti Biru Putih.

Perbicaraan tuduhan rasuah, penipuan dan pecah amanah Netanyahu sepatutnya bermula Mac tetapi ditangguhkan sehingga 24 Mei ekoran penularan wabak COVID-19.

Netanyahu adalah perdana menteri pertama dalam sejarah Israel yang dihadapkan ke mahkamah ketika masih memegang jawatan. Bagaimanapun, beliau menyangkal semua tuduhan itu. 

Sumber : Bernama/AW/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan