Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Netanyahu dijangka menang pilihan raya Israel

Benjamin Netanyahu, dijangka akan mencipta sejarah menyandang jawatan Perdana Menteri negara itu yang paling lama, menyusuli pilihan raya umum pada Selasa (9 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Netanyahu dijangka menang pilihan raya Israel

Benjamin Netanyahu (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 10 Apr 2019 10:12PM Dikemas Kini : 10 Apr 2019 10:16PM

TEL AVIV: Benjamin Netanyahu, dijangka akan mencipta sejarah menyandang jawatan Perdana Menteri negara itu yang paling lama, menyusuli pilihan raya umum pada Selasa (9 Apr).

Parti Likud pimpinan Encik Netanyahu serta sekutu-sekutunya diramal menang cukup kerusi parlimen untuk membentuk pemerintah campuran baru berhaluan kanan.

Berdasarkan kiraan 97 peratus kertas undi, kumpulan itu dijangka menguasai 65 daripada 120 kerusi parlimen.

Ia mendapat saingan sengit dari Parti Biru Putih yang diterajui mantan ketua tentera, Benny Gantz.

Keputusan muktamad dijangka diketahui, esok.

Kedudukan PM Netanyahu menjadi taruhan dalam pilihan raya kali ini kerana beliau dibelenggu sejumlah masalah termasuk tuduhan rasuah.

Semasa berkempen, beliau antara lain berjanji Israel akan menguasai secara rasmi kawasan Tebing Barat di mana ada petempatan-petempatan Yahudi. 

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan