Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Netanyahu beri amaran kepada Iran, Hezbollah susuli insiden dron

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Selasa (27 Ogos) memberi amaran kepada Iran dan sekutunya di Lubnan, iaitu kumpulan militan Hezbollah, bahawa Israel "tahu bagaimana untuk mempertahankan diri dan bertindak balas terhadap seterunya."

Anggaran Waktu Membaca:
Netanyahu beri amaran kepada Iran, Hezbollah susuli insiden dron

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. (Gambar fail: Sebastian Scheiner/Reuters)

Diterbitkan : 27 Aug 2019 11:23PM Dikemas Kini : 27 Aug 2019 11:26PM

BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Selasa (27 Ogos) memberi amaran kepada Iran dan sekutunya di Lubnan, iaitu kumpulan militan Hezbollah, bahawa Israel "tahu bagaimana untuk mempertahankan diri dan bertindak balas terhadap seterunya."

Encik Netanyahu mengeluarkan komen itu menyusuli amaran oleh pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah untuk membalas serangan udara Israel di Syria pada hujung minggu lalu yang membunuh dua anggota kumpulan itu.

Encik Netanyahu berkata beliau mendengar ugutan Encik Hassan. "Saya menyarankan agar Nasrallah bertenang," tambah beliau.

Beliau turut menyampaikan mesej kepada jeneral Iran, Qasseum Soleimani, yang dituduh Israel mendalangi serangan dron dari Syria yang dipintas Israel.

Encik Netanyahu memberi amaran: "Berhati-hati dengan kata-kata anda dan baik lebih berhati-hati dengan tindakan anda."

Israel dan Hezbollah berperang selama sebulan pada 2006.

Sejak itu, sempadan antara Israel dengan Lubnan rata-rata tenang. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan