Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Nenek didakwa cederakan cucu guna rotan bulu ayam

 Seorang nenek mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini (14 Ogos) atas pertuduhan mencederakan cucunya yang berusia empat tahun pada tahun lepas.

Anggaran Waktu Membaca:
Nenek didakwa cederakan cucu guna rotan bulu ayam

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 14 Aug 2020 10:22PM Dikemas Kini : 14 Aug 2020 10:28PM

MELAKA: Seorang nenek mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini (14 Ogos) atas pertuduhan mencederakan cucunya yang berusia empat tahun pada tahun lepas.

Suri rumah berusia 52 tahun itu didakwa mencederakan bahagian kaki cucu lelakinya itu dengan sebatang rotan bulu ayam di sebuah rumah di Taman Cheng Mutiara, Cheng di sini, pada pukul 10.00 malam, awal November 2019.

Dia dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Hakim Elesabet Paya Wan membenarkan wanita itu diikat jamin RM8,000 (S$2,600) dengan seorang penjamin dan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mendekati mangsa dan perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan sehingga kes selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos manakala tertuduh diwakili peguam K. Ramalingam.

Mahkamah menetapkan 15 Sept depan untuk sebutan semula kes.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan