Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Nelayan terpaksa elak turun ke laut setelah jerebu memburuk

Nelayan di Bagan Panchor di Beruas, Perak, terpaksa bercuti seketika daripada turun ke laut berikutan keadaan jerebu yang melanda daerah Manjung bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Nelayan terpaksa elak turun ke laut setelah jerebu memburuk

(Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 13 Sep 2019 04:35PM Dikemas Kini : 13 Sep 2019 05:46PM

BERUAS: Nelayan di Bagan Panchor di Beruas, Perak, terpaksa bercuti seketika daripada turun ke laut berikutan keadaan jerebu yang melanda daerah Manjung bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini. 

Encik Faizul Sofian, 42 tahun, berkata ada rakannya tetap turun ke laut namun kebanyakan daripada mereka akan pulang dengan hasil kurang berbanding kebiasaan antaranya disebabkan oleh jarak penglihatan yang terhad. 

“Bila jerebu, hasil tangkapan pun akan kurang. Jadi kebanyakan nelayan akan bercuti seketika. 

“Harap keadaan ini tak lama kerana rezeki kita bergantung kepada hasil laut. Kita kalau boleh nak hari-hari ke laut tapi keadaan jerebu ini semakin hari semakin teruk,” ujar Encik Faizul.

Bagi Encik Nazri Ahmad, 55 tahun, kebanyakan nelayan tidak turun ke laut kerana tahap penglihatan yang terjejas boleh menyebabkan kemalangan seperti dilanggar atau bertembung dengan bot serta kapal lain.

“Jerebu kuat di laut, bahaya. Kita terpaksa berhati-hati dengan memasang telinga kerana takut bot lain ada berhampiran tanpa nampak bot kita,” jelasnya.

Sementara itu, Encik Ismail Osman Yan, 49 tahun, pula berkata beliau tidak ke laut kerana khuatir keadaan jerebu yang teruk boleh mengganggu tahap kesihatannya. Ini selain faktor hasil ikan yang berkurangan.

“Saya terpaksa bercuti. Jadi pada masa ini, saya ambil peluang untuk membaiki bot dan pukat. Bukan apa, kalau turun ke laut, jarak penglihatan juga terhad takut dirempuh bot besar,” katanya.

Setakat jam 2.00 petang Jumaat, Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi Manjung adalah 133 iaitu dalam kategori tidak sihat.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/FZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan