Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Negara-negara asing mula buka kedutaan di Afghanistan

Lebih banyak kedutaan asing bakal dibuka di Afghanistan,kata Menteri Luar Negeri Amir Khan Mutaqqi. 

Anggaran Waktu Membaca:
Negara-negara asing mula buka kedutaan di Afghanistan

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 20 Nov 2021 06:21PM Dikemas Kini : 20 Nov 2021 06:24PM

KABUL: Lebih banyak kedutaan asing bakal dibuka di Afghanistan,kata Menteri Luar Negeri Amir Khan Mutaqqi. 

Katanya, ini menunjukkan pentadbiran baru yang diterajui Taliban itu mula mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata antara negara yang akan membuka kedutaan mereka di Afghanistan termasuk Turki, Itali dan Jerman yang juga merupakan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). 

“Kebanyakkan negara misalnya Pakistan, Turkmenistan, Kazakhstan dan Iran sudah mula membuka kedutaan mereka (di sini).

"Sementara Jerman turut disahkan akan membukanya (kedutaan) dalam minggu ini," katanya kepada Bernama menerusi penterjemah bahasa ketika ditemui di pejabatnya.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan