Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Negara jiran Afghanistan ikrar bantuan wujud keamanan dan pembangunan

Menerusi satu kenyataan bersama peserta Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negara Jiran turut menyeru pentadbiran baru Afghanistan melaksanakan dasar sederhana dan mampan, bersahabat dengan negara jiran, serta menjauhkan diri daripada semua kumpulan pengganasan.

Anggaran Waktu Membaca:
Negara jiran Afghanistan ikrar bantuan wujud keamanan dan pembangunan

Pasukan Taliban mengawasi pagar masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai sehari selepas pasukan AS mengundurkan diri di Kabul, Afghanistan, pada 31 Ogos 2021. (Gambar fail: tringer/REUTERS)

Diterbitkan : 11 Sep 2021 06:03PM Dikemas Kini : 11 Sep 2021 06:06PM

BEIJING: Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negara Jiran mengenai Afghanistan yang diadakan secara maya pada Rabu menyeru negara berkenaan membentuk rangka politik yang terbuka dan terangkum.

Menerusi satu kenyataan bersama peserta mesyuarat turut menyeru pentadbiran baru Afghanistan melaksanakan dasar sederhana dan mampan, bersahabat dengan negara jiran, serta menjauhkan diri daripada semua kumpulan pengganasan.

Mesyuarat yang julung kali diadakan itu disertai China, Iran, Pakistan, Tajikistan, Uzbekistan dan Turkmenistan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam satu sidang media pada Jumaat (10 Sep), berkata seruan itu antara inti pati yang terkandung dalam kenyataan bersama tersebut.

Encik Zhao berkata tindakan ketenteraan tidak dapat menyelesaikan masalah Afghanistan.

“Negara-negara jiran enggan melihat Afghanistan terjerumus lagi ke dalam kancah peperangan dan konflik.

“Kami (negara jiran) bersedia berganding bahu dengan rakyat Afghanistan dalam menyokong kedaulatan dan keutuhan wilayah negara itu.

“Di samping komited membantu mewujudkan keamanan, keselamatan, permuafakatan kaum dan pembangunan,” katanya.

Beliau juga menyatakan kesediaan China untuk membuka pintu sempadan dengan Afghanistan, dan menyalurkan bantuan perubatan dalam bentuk barangan dan teknikal kepada Afghanistan untuk memerangi pandemik COVID-19.

Sumber : Bernama/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan