Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najis tikus dijumpai, kilang kopi diarah tutup sementara

Sebuah kilang kopi di Butterworth, Malaysia yang sudah beroperasi selama 69 tahun diarah ditutup buat sementara waktu selepas najis tikus ditemui semasa satu operasi pemeriksaan yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara (SPU) hari ini (17 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Najis tikus dijumpai, kilang kopi diarah tutup sementara

Gambar hiasan. (Gambar: Kham/Reuters)

Diterbitkan : 17 Jan 2019 05:50PM Dikemas Kini : 17 Jan 2019 05:57PM

BUTTERWORTH: Sebuah kilang kopi di Butterworth, Malaysia yang sudah beroperasi selama 69 tahun diarah ditutup buat sementara waktu selepas najis tikus ditemui semasa satu operasi pemeriksaan yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara (SPU) hari ini (17 Jan).

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan Daerah SPU, Mohamad Amin Ahmad Zubir, berkata premis itu diarahkan ditutup selama 14 hari dan hanya dibenarkan beroperasi untuk melakukan kerja-kerja pembersihan sahaja.

“Hari ini (17 Jan) notis penutupan adalah di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983, di mana premis tidak mematuhi peraturan kebersihan makanan dan diarah tutup selama 14 hari bermula hari ini. Jika terdapat sebarang kerja pemprosesan, mereka boleh didakwa di mahkamah," katanya kepada para wartawan.

Menurut Encik Mohamad Amin, pihak kilang boleh membuat permohonan pemeriksaan semula oleh Pejabat Kesihatan dalam tempoh 14 hari itu dan ia boleh beroperasi seperti biasa sekiranya berjaya mematuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan.

Beliau berkata, Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) yang diperolehi perusahaan berkenaan turut ditangguhkan selama tiga bulan, selain status halal yang diterimanya, sehinggalah kilang itu dibenarkan untuk beroperasi semula.

Dalam operasi yang sama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan SPU membuka tiga kertas siasatan dan melakukan rampasan barangan terkawal bernilai RM13,000 (S$4,290) ke atas sebuah premis nasi kandar yang turut menjalankan perniagaan runcit.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasanya Zalina Aziz, pihaknya membuka tiga kertas siasatan di bawah Akta Timbang Sukat 1972, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, dan Akta Kawalan Bekalan 1961. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan