Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib tidak ditahan hari ini, 2 saksi penting dipanggil

Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan ditahan hari ini (22 Mei). Sebaliknya, hanya akan diambil keterangan terlebih dahulu, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Anggaran Waktu Membaca:
Najib tidak ditahan hari ini, 2 saksi penting dipanggil

(Gambar: Mohd Rasfan/ AFP)

Diterbitkan : 22 May 2018 03:24PM Dikemas Kini : 22 May 2018 03:27PM

PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan ditahan hari ini (22 Mei). Sebaliknya, hanya akan diambil keterangan terlebih dahulu, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Menurutnya, pihaknya akan mengambil keterangan daripada dua lagi saksi penting sebelum melakukan sebarang penahanan berkaitan kes SRC International dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Sehingga kami mendapat dua saksi yang amat penting, barulah anda mendapat ceritanya. Sekarang kes ini di bawah Datuk Seri Azam Baki.

Bergantung kepada bukti dan dokumen, juga bergantung bagaimana beliau (Najib) jawab… jika kami berpuas hati kami boleh melepaskannya, tetapi jika kami masih lagi memerlukan keterangan beliau, kami akan panggil beliau balik,” katanya.

Datuk Seri Shukri berkata, pihaknya menghormati Najib sebagai mantan Perdana Menteri dan beliau sendiri tidak akan membalas dendam dengan mana-mana pihak.

“Kami mesti menghormati beliau kerana beliau adalah mantan Perdana Menteri kita, saya tidak akan membalas dendam terhadap sesiapa tetapi biarlah undang-undang menentukannya,” katanya.

Datuk Seri Najib pada sebelah pagi hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International.

SRC International adalah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Pada Jumaat lalu (18 Mei), sepasukan pegawai SPRM berkunjung ke rumah Datuk Seri Najib di Taman Duta untuk menghantar notis meminta Anggota Parlimen Pekan itu hadir ke pejabat SPRM bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan kes berkenaan.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan