Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib sindir video pusingan U kerajaan Pakatan Harapan

Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak terus menyindir kerajaan yang dipimpin Pakatan Harapan (PH) melalui media sosial dengan memuat naik petikan video yang menunjukkan sebuah kenderaan membuat pusingan U dengan laju.

Anggaran Waktu Membaca:
Najib sindir video pusingan U kerajaan Pakatan Harapan

Gambar fail mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 21 Dec 2018 02:07PM Dikemas Kini : 21 Dec 2018 02:11PM

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak terus menyindir kerajaan yang dipimpin Pakatan Harapan (PH) melalui media sosial dengan memuat naik petikan video yang menunjukkan sebuah kenderaan membuat pusingan U dengan laju.

Dalam catatan Facebooknya semalam (20 Dis), Encik Najib menuduh kerajaan Pakatan Harapan gagal memenuhi janji-janji yang dibuat sewaktu pilihan raya.
Catatan Facebook beliau sudah mengundang lebih 3,000 komen dan dikongsi lebih 4,500 kali.

Kerajaan PH menerima kritikan kerana gagal memenuhi janji-janji yang dibuat sewaktu pilihan raya. Ini termasuk penangguhan bayaran bagi pinjaman untuk pengajian tinggi dan memansuhkan bayaran tol jalan raya.

Perdana Menteri Mahathir Mohamad mengakui bahawa ikrar-ikrar pilihan raya dilakar untuk menambahkan tekanan terhadap Barisan Nasional.

Ia dilakukan tanpa menyedari bahawa ikrar-ikrar yang dibuat agak sukar untuk dilaksanakan sekiranya kerajaan campuran beliau menang. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan