Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib sedih tak banyak saluran berhubungan dengan rakyat

Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengadu mengenai ketiadaan banyak saluran media baginya berhubungan dengan rakyat kecuali menggunakan media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Najib sedih tak banyak saluran berhubungan dengan rakyat

Encik Najib Razak bergambar di rumah terbuka. (Gambar: Najib Razak/Facebook)

Diterbitkan : 16 Jun 2018 01:35PM Dikemas Kini : 16 Jun 2018 01:43PM

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengadu mengenai ketiadaan banyak saluran media baginya berhubungan dengan rakyat kecuali menggunakan media sosial.

"Raya tahun ini berbeza, saya lebih banyak masa dengan keluarga.

"Tapi rasa sedih juga tak banyak saluran berhubung dengan rakyat Malaysia, kecuali guna media sosial ini," catat Encik Najib di Twitter.

Sebuah video ucapan hari rayanya turut disertakan.

Raya tahun ini berbeza, saya lebih banyak masa dengan keluarga. Tapi rasa sedih juga tak banyak saluran berhubung dengan rakyat Malaysia, kecuali guna  media sosial ini . Salam Aidilfitri, ini mesej ringkas saya . pic.twitter.com/rStetecIm3

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) June 16, 2018

"Walaupun hari raya tahun ini sudah tentu berbeza dengan hari raya sebelum ini di mana kita tidak lagi merupakan dalam pentadbiran kerajaan namun perjuangan kita untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan menentukan negara kita sentiasa aman dan rakyat dapat pembelaan yang secukupnya insyaallah akan kita teruskan.

"Pada bulan Syawal ini eloklah kita mengeratkan silaturahim kita dan jika ada semasa kempen pilihan raya (PRU14) ada apa-apa yang telah dibuat ataupun dipertuturkan secara keterlaluan ambil lah kesempatan ini untuk bermaaf-maafan dan merapatkan silaturahim kita agar umat Islam tidak akan berpecah dan kita dapat menentukan masa depan yang lebih cemerlang atas nama bangsa, agama Islam dan negara Malaysia kita yang tercinta," kata Encik Najib dalam video itu.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan