Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib Razak terima anugerah tertinggi Bahrain

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikurniakan anugerah tertinggi Bahrain.

Anggaran Waktu Membaca:
Najib Razak terima anugerah tertinggi Bahrain

(Gambar: BERNAMA).

Diterbitkan : 16 Dec 2017 04:27PM Dikemas Kini : 16 Dec 2017 04:33PM

MANAMA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikurniakan anugerah tertinggi Bahrain.

PM Najib menerima anugerah 'King Hamad (Al Nahda) First Medal’ yang disampaikan oleh Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa di Istana Shaikh Hamad semalam (15 Dis).

Beliau diberi penghormatan sebagai pemimpin asing pertama dikurnia anugerah tertinggi Bahrain yang diwujudkan dua tahun lalu.

PM Najib memulakan lawatan rasmi tiga hari dengan menghadap Raja Bahrain di istana sebelum itu.

Beliau diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor semasa majlis menghadap.

Raja Hamad juga mengurniakan anugerah ‘Medal of First Degree’ kepada Menteri Pertahanan merangkap Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di majlis pengurniaan anugerah tersebut.

Raja Hamad kemudian mengadakan jamuan bagi meraikan kedatangan perdana menteri, isterinya dan delegasi Malaysia di istana.

Raja Hamad yang naik takhta pada 6 Mei 1999 melakukan lawatan negara pertama ke Malaysia lewat April tahun ini.

Kuala Lumpur dan Manama menjalin hubungan diplomatik sejak 1974. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan