Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib Razak mungkin didakwa atas tuduhan menyalahguna dana 1MDB

Sementara itu Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng berkata beliau percaya Encik Najib bertanggungjawab atas masalah yang dihadapi 1MDB.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Jun 2018 10:53PM Dikemas Kini : 15 Jun 2018 10:55PM

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak boleh menghadapi dakwaan pengubahan wang haram dan penyelewengan harta.

Demikian menurut laporan Reuters yang menukil satu sumber ada kaitan dengan siasatan terhadap skandal 1MDB. Jika didakwa, Encik Najib boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda.

Sementara itu Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng berkata beliau percaya Encik Najib bertanggungjawab atas masalah yang dihadapi 1MDB.

Bercakap dalam wawancara khas dengan Channel NewsAsia, Encik Lim berkata beliau tidak menjangka boleh mendapatkan semula semua wang yang hilang.

Beliau menambah satu lagi skandal akan didedahkan tidak lama lagi.

Pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat bagaimana berjuta-juta dolar disalahgunakan dari dana pelaburan 1MDB semasa Encik Najib menjadi penasihatnya.

Sehubungan dengan siasatan itu, orang yang didakwa menjadi dalang skandal 1MDB Jho Low, dilaporkan cuba membuat perjanjian tolak ansur dengan pihak berkuasa.

The Wall Street journal melaporkan jutawan kewangan itu telah menawarkan untuk menggugurkan tuntutannya ke atas aset berbilion dolar yang dirampas pihak berkuasa.

Sebagai imbalan, beliau mahu imuniti daripada pendakwaan jenayah.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menolak tawaran itu, sambil berkata, dari segi undang-undang, adalah sukar untuk melaksanakan perjanjian seperti itu.

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan