Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib Razak kembali ke mahkamah

Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak sekali lagi hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat (10 Ogos) untuk membincangkan perintah larangan bagi menghalang media daripada melaporkan perbincangan kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Aug 2018 02:27PM Dikemas Kini : 11 Aug 2018 12:33AM

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak sekali lagi hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat (10 Ogos) untuk membincangkan perintah larangan bagi menghalang media daripada melaporkan perbincangan kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapinya.

Laman berita BH Online melaporkan Encik Najib tiba di Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.50 pagi bersama dua anaknya, Nooryana Najwa dan Norashman.

Prosiding bermula dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib membangkitkan beberapa isu, antaranya berhubung tindakan pasukan pendakwaan yang memberikan dokumen yang akan digunakan dalam perbicaraan dalam bentuk cakera padat (CD).

“Dokumen seharusnya diberikan dalam bentuk asal dan bukannya dalam bentuk cakera padat.

“Pasukan pembelaan menghabiskan banyak masa di hadapan mesin pencetak untuk mencetak semua dokumen yang terkandung dalam CD. Ia membabitkan 3,500 muka surat dan kami tidak berpeluang untuk meneliti semuanya,” katanya.

Bagaimanapun BH Online menukil Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup, sebagai mengatakan tiada sebarang halangan untuk pihak pendakwaan menyerahkan dokumen dalam bentuk CD.

“Malah ia juga dilakukan dalam kes membabitkan Lim Guan Eng. Dokumen dalam bentuk asal akan dikemukakan pada perbicaraan dan akan dijadikan sebahagian bukti dan bukannya CD," katanya.

Menurut BH Online, Encik Shafee pula berhujah di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berhubung alasan mengapa perintah larangan terhadap media perlu dilaksanakan.

Beliau mendakwa terdapat lebih 100 rencana yang membicarakan merit berhubung kes anak guamnya.

Sumber : Agensi berita/EM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan