Images
  • najib mahkamah
    (Gambar: Agensi berita)

Najib Razak diberi notis muflis dek gagal bayar cukai lebih AS$400 juta

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak telah diberikan notis muflis kerana gagal membayar cukai lebih AS$400 juta (S$536 juta).

Menurutnya, tindakan itu adalah satu percubaan untuk memusnahkan kerjaya politik beliau.

Encik Najib juga percaya tindakan Lembaga Hasil Mahsul Malaysia itu, ada kaitan dengan keputusan parti UMNO menamatkan kerjasama dengan kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Jika diisytiharkan muflis, mantan PM Malaysia itu akan kehilangan kerusi parlimennya dan tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Pejabat PM Muhyiddin tidak memberikan sebarang ulasan.

Baru Isnin lalu, Encik Najib memulakan kes rayuan terhadap hukuman 12 tahun ke atasnya sabit kes 1MDB.

- BERNAMA/NA/na

Top