Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib: Pengurangan tol Linkedua akan kurangkan kesesakan, tambah pelancong

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengurangan kadar tol dan kadar levi kenderaan komersil di Lebuh Raya Linkedua (Linkedua) dilihat akan mengurangkan kesesakan di Tambak Johor selain meningkatkan kedatangan pelancong dari Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Najib: Pengurangan tol Linkedua akan kurangkan kesesakan, tambah pelancong

Pengurangan kadar tol dan kadar levi kenderaan komersil di Lebuh Raya Linkedua (Linkedua) dilihat akan mengurangkan kesesakan di Tambak Johor selain meningkatkan kedatangan pelancong dari Singapura. (Gambar: Jimmy Koh/Facebook)

Diterbitkan : 09 Feb 2018 09:08PM Dikemas Kini : 09 Feb 2018 09:15PM

MUAR, JOHOR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengurangan kadar tol dan kadar levi kenderaan komersil di Lebuh Raya Linkedua (Linkedua) dilihat akan mengurangkan kesesakan di Tambak Johor selain meningkatkan kedatangan pelancong dari Singapura.

Perdana Menteri Malaysia itu dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong bersetuju dengan langkah pengurangan itu yang dibincangkan semasa Retreat Pemimpin Malaysia-Singapura baru-baru ini.

"Sebuah jawatankuasa tertinggi di bawah Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) akan ditubuhkan bagi lihat keseluruhan operasi Tambak Johor dan akan berhubung dengan rakan sejawatannya di Singapura bagi cari langkah tambahan (meningkat tahap operasi) Tambak Johor.

"Semua ini dilakukan untuk dua tujuan iaitu menbantu rakyat kurangkan kesesakan dan tingkat kedatangan pelancong," kata PM Najib pada sidang media selepas sebuah acara masyarakat di Johor hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

AKAN BANTU PEKERJA M'SIA DI S'PURA ELAK KESESAKAN

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini menyebut bahawa levi kenderaan komersil di Linkedua dikurangkan kepada RM50 bagi kedua-dua laluan keluar dan masuk ke Malaysia mulai 13 Feb, berbanding kadar antara RM100 hingga RM200 ketika ini.

Caj tol di luar waktu puncak bagi Linkedua iaitu antara 10.00 pagi hingga 3.00 petang dan jam 11.00 malam hingga 5.00 pagi untuk semua kenderaan kecuali motosikal juga dikurangkan antara 47-82 peratus mengikut kelas kenderaan.

PM Najib berkata langkah itu akan memainkan peranan penting terutamanya dalam membantu rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura mengelak kesesakan di Tambak Johor.

"Ada rakyat Malaysia yang terpaksa bangun 2.30 pagi hingga 3.00 pagi bagi mengelak kesesakan di Tambak Johor dan langkah ini akan membantu mereka," kata beliau.

AKAN TINGKATKAN KEDATANGAN PELANCONG MENERUSI S'PURA

Pemimpin Malaysia itu menambah, sekitar 50 peratus daripada pelancong luar negara yang datang ke Malaysia mengikuti laluan dari Singapura, justeru langkah ini akan meningkat kedatangan pelancong.

"Dengan kurangnya kesesakan ini pelancong boleh datang ke Johor untuk melancong dengan lebih mudah, mungkin ke Desaru kemudian kembali ke Singapura. Maka dengan peningkatan kedatangan pelancong ini akan mendatangkan limpahan ekonomi kepada rakyat di Johor," ujar beliau.

Dalam pada itu, PM Najib berkata kerajaan Singapura bersetuju supaya Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) meningkatkan kekerapan perkhidmatan kereta api ulang alik, dari 26 perjalanan kepada 31 perjalanan setiap hari.

Beliau berkata ini akan membolehkan KTMB membawa 1,500 penumpang tambahan menyeberangi Tambak Johor.

Sumber : Bernama/DY/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan