Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib: Pembatalan Pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu tindakan tepat

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengumumkan pembatalan pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS).

Anggaran Waktu Membaca:
Najib: Pembatalan Pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu tindakan tepat

(Gambar fail: Mosa'ab Elshamy/AP)

Diterbitkan : 16 Dec 2017 08:42PM Dikemas Kini : 16 Dec 2017 08:44PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengumumkan pembatalan pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS).

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pembatalan pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi permohonan visa umrah sebagai tindakan tepat.

“Saya tidak bersetuju sistem IMAMS dikenakan untuk urusan visa umrah. Pengumuman ia dibatalkan adalah sangat tepat,” kata perdana menteri lewat akaun Twitter beliau.

Pembatalan IMAMS diumumkan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini (16 Dis).

Datuk Mas Ermieyati menambah, kerajaan akan mencari kaedah baru yang lebih berkesan bagi menangani penipuan pakej umrah.

Dalam sidang media semalam, Datuk Mas Ermieyati memberitahu pelaksanaan IMAMS, yang merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses Kedutaan Arab Saudi di Malaysia, bertujuan menutup ruang penipuan pakej umrah di negara ini.

Antara lain, IMAMS mengenakan caj tertentu yang menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat kerana dilihat akan mengakibatkan penambahan kos bagi mengerjakan umrah.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan