Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib nafi jumpa Jho Low di Beijing 2 tahun lalu

Mantan Perdana Menteri Najib Razak menafikan ada bertemu Low Taek Jho, atau Jho Low, ketika penyiasat mula menyasarkan ahli perniagaan itu berhubung skandal 1MDB.

Anggaran Waktu Membaca:
Najib nafi jumpa Jho Low di Beijing 2 tahun lalu

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. (Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 01 Aug 2018 04:04PM Dikemas Kini : 01 Aug 2018 04:08PM

MALAYSIA: Mantan Perdana Menteri Najib Razak menafikan ada bertemu Low Taek Jho, atau Jho Low, ketika penyiasat mula menyasarkan ahli perniagaan itu berhubung skandal 1MDB.

Menurut laporan Malaysiakini, ketika ditanya pemberita di Parlimen berhubung dakwaan Wall Street Journal, Najib hanya menjawab sepatah: "Tidak."

Menurut Wall Street Journal yang memetik seorang bekas pegawai Malaysia yang tidak dinamakan, Najib bertemu Jho Low dalam forum One Belt One Road (OBOR) di Beijing, China, pada Mei 2017.

Dua bulan sebelum itu, pihak berkuasa Amerika Syarikat dilaporkan sedang menyiapkan pendakwaan jenayah terhadap Jho Low.

Pegawai itu, yang menurut WSJ berkhidmat di pejabat perdana menteri ketika itu, turut mendakwa Najib sering ke China untuk berjumpa Jho Low.

Menurut Malaysiakini, ketika pertemuan itu didakwa berlaku, laporan tentang tuduhan penyelewengan dana 1MDB oleh Jho Low sudah pun mendapat liputan meluas, terutama berdasarkan pemfailan mahkamah yang dibuat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

DOJ antara lain mendakwa Jho Low menggunakan wang yang sepatutnya untuk 1MDB bagi membeli barang kemas dan kapal pesiaran mewah.

Sementara itu, Singapura juga membuat permohonan kepada Interpol agar mengeluarkan notis merah terhadap Jho Low pada April 2016.
Dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini Jun lalu, Najib berkata beliau ada bertanya Jhow Low berhubung dakwaan terhadapnya tetapi ia sudah lama.

“Ya, saya ada (berhubungan dengan dia) dan dia kata bukan untuknya. Katanya dia bertindak bagi pihak istana Timur Tengah. Itu jawapannya,” katanya.

Jho Low kini berada di lokasi yang tidak diketahui, menurut Malaysiakini. Polis sebelum ini mengesannya di Macau, namun dia sempat meninggalkan wilayah itu sebelum ditangkap.

Selepas itu, dia kini dilaporkan berada di China.

Sumber : Agensi berita/KN/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan