Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib minta anggota UMNO terus yakin dengan perjuangan parti

Mantan Presiden UMNO Najib Razak hari ini (22 Sep) meminta anggota parti itu agar terus istiqamah dan yakin dengan perjuangan parti sekalipun tewas pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Najib minta anggota UMNO terus yakin dengan perjuangan parti

Mantan Perdana Menteri Najib Razak. (Gambar fail: Mohd Rasfan/ AFP)

Diterbitkan : 22 Sep 2018 06:29PM Dikemas Kini : 22 Sep 2018 06:31PM

PEKAN: Mantan Presiden UMNO Najib Razak hari ini (22 Sep) meminta anggota parti itu agar terus istiqamah dan yakin dengan perjuangan parti sekalipun tewas pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Katanya perjuangan UMNO tidak berubah sejak penubuhannya 61 tahun lalu iaitu untuk membawa bangsa, agama dan negara ke tahap lebih baik.

"Kita sudah lihat bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak boleh diharap untuk membawa bangsa, agama dan negara seperti kemampuan UMNO selama 61 tahun," katanya ketika berucap di Majlis Kenduri Sekampung dan gotong-royong memasak bubur Asyura di Kampung Pasir Panjang.

Encik Najib berkata kekalahan pada PRU lalu bukan bermakna UMNO harus kalah dari segi semangat dan daya juang.

Pada masa sama, mantan perdana menteri itu menyifatkan kerajaan PH sebagai munafik kerana hanya tahu menabur janji namun tidak menepatinya.

"Rata-rata rakyat meluahkan rasa kekecewaan sebab janji-janji manis yang ditabur pada pilihan raya lalu hanya tinggal janji sahaja," katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan