Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib: Kita tidak mahu kemenangan kecil. Kita mahu kemenangan besar sebab nak tubuh kerajaan yang kuat.

Bandar Raub di Pahang amat terkenal dengan lombong emas terbanyak di Malaysia dan durian Musang King yang amat tinggi nilainya di luar negara. 

Anggaran Waktu Membaca:
Najib: Kita tidak mahu kemenangan kecil. Kita mahu kemenangan besar sebab nak tubuh kerajaan yang kuat.

PM Najib Razak menyampaikan ceramah di Raub, Pahang. (Gambar: Pichaya Promchertchoo)

Diterbitkan : 03 May 2018 06:21PM Dikemas Kini : 03 May 2018 08:07PM

RAUB: Bandar Raub di Pahang amat terkenal dengan lombong emas terbanyak di Malaysia dan durian Musang King yang amat tinggi nilainya di luar negara.

Kini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu bandar itu juga dikenali bagi kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang "bermutu tinggi".

Berucap di majlis perasmian UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub, hari ini (3 Mei), Datuk Seri Najib berkata keadaan itu berbeza dengan pembangkang yang sedikit pun tidak mempunyai agenda untuk menjaga institusi yang diwujudkan pada 1967 untuk membangunkan taraf sosioekonomi kaum bumiputera di negara itu.

“Saya nak cakap terus terang... belah sana tidak pernah terlintas di hati mereka untuk menjaga kepentingan dan martabat UiTM. Nak harap pada siapa, Nga Kor Ming, Lim Kit Siang, atau hendak harap pada yang lain juga tidak boleh,” katanya.

"Raub tidak akan hanya dikenali bagi hasil Durian Musang King atau lombong emas tetapi juga bagi kampus indahnya yang bermutu tinggi," tegas beliau.

Sehubungan itu, katanya rakyat perlu bijak memilih kerajaan pada 9 Mei nanti untuk memastikan segala nikmat pembangunan dan peluang pendidikan yang dikecapi sebelum ini dapat diteruskan.

“Pihak yang akan membawa perubahan kepada kita…siapa? Adakah DAP, Pakatan? Selama 60 tahun siapa yang jaga kita, siapa buat pembangunan, bukankah kerajaan BN daripada kita kecil sehingga kita besar, termasuk UiTM, siapa yang jaga, pemimpin mana yang bawa UiTM ke tahap ini, bukankah pemimpin BN?,”  kata PM Najib.

Raub, pada satu ketika merupakan salah satu kubu kuat MCA yang bertanding di bawah BN sehingga ia jatuh ke tangan parti pembangkang DAP pada 2013.

Dalam ucapannya, PM Najib menjanjikan masa depan lebih cerah bagi pengundi Raub. Beliau menggesa mereka agar jangan 'tertipu sekali lagi' tetapi menyokong calon MCA demi memastikan kemenangan BN.

"Saya nak ajak tuan puan jangan fikir tentang pertempuran kecil… buka minda sedikit, kita bukan nak menang pertempuran kecil tapi nak menang peperangan besar.

“Kita tidak mahu kemenangan kecil, tetapi kita mahu kemenangan besar sebab nak tubuh kerajan yang kuat,” katanya.

Sumber : Bernama/CNA/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan