Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib gesa pengundi jangan terpedaya helah parti pembangkang

Seminggu sebelum hari mengundi pada Rabu depan (9 Mei), Perdana Menteri dan mantan Perdana Menteri Malaysia saling bertikam lidah di rapat pilihan raya masing-masing di ibu kota Kuala Lumpur.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 May 2018 03:54PM Dikemas Kini : 02 May 2018 09:56PM

KUALA LUMPUR: Seminggu sebelum hari mengundi pada Rabu depan (9 Mei), Perdana Menteri dan mantan Perdana Menteri Malaysia saling bertikam lidah di rapat pilihan raya masing-masing di ibu kota Kuala Lumpur.

PM Najib Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menggesa para pengundi supaya menolak percubaan pembangkang hendak memecahbelahkan undi orang Melayu.

Dalam rapatnya di kawasan undi Wangsa Maju, PM Najib menyindir calon pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang terlupa membawa kad pengenalan pada Hari Penamaan Calon hinggakan wanita itu hampir kehilangan peluang untuk bertanding.

Menurut PM Najib, Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir Mohamad tidak teratur dan tidak layak untuk memerintah.

PM Najib menggesa para pengundi supaya tidak terpedaya dengan helah parti-parti pembangkang dalam Pakatan Harapan yang hanya bersatu untuk memecahbelahkan undi Melayu bagi menghalang BN kembali berkuasa.

"Kalau mereka tak yakin antara satu sama lain, kalau mereka mengkritik dan belasah antara satu sama lain seperti ini kita tak boleh harap mereka boleh buat kerajaan yang kukuh, sebab itulah kita tak boleh memperjudikan masa depan kita. Cuma Barisan Nasional sahaja boleh menubuhkan kerajaan yang menyakinkan," tegas PM Najib.

Ramai penduduk Wangsa Maju berpendapatan rendah.

PM Najib, antara lain, berjanji untuk membantu mereka memiliki rumah dan membina sebuah sekolah di sini.

Kuala Lumpur mempunyai 13 kerusi parlimen.

Dalam pilihan raya lalu, Wangsa Maju adalah satu daripada sembilan kerusi parlimen dimenangi pihak pembangkang.

Sumber : CNA/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan