Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib dilantik Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional

Bekas perdana menteri Najib Razak dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) pada Selasa (9 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Najib dilantik Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional

Gambar fail mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 10 Jul 2019 08:28AM Dikemas Kini : 10 Jul 2019 08:31AM

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Najib Razak dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) pada Selasa (9 Jul).

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan media semalam (9 Jul).

“Najib akan menjalankan tugas membantu BN dalam usaha untuk mengembalikan semula sokongan rakyat kepada parti ini," katanya.

Jelasnya, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Majlis Dewan Tertinggi BN sebulat suara bersetuju akan perlantikan itu, lapor Astro Awani.

Astro Awani melaporkan bahawa sebelum itu, Encik Najib dilihat memasuki bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menghadiri mesyuarat tersebut di ibu pejabat parti, Menara Dato' Onn.

Turut kelihatan, Presiden MCA Encik Wee Ka Siong dan Presiden MIC Encik S A Vigneswaran serta beberapa pimpinan Majlis Tertinggi UMNO, menurut Astro Awani lagi. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan