Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib dibenarkan pulang; beri keterangan hampir sejam di SPRM

Mantan Perdana Menteri Najib Razak hari ini (7 Ogos) hadir di Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Duta, dipercayai bagi menerima tiga notis pendakwaan baru berhubung kes dana SRC International Sdn. Bhd., bekas anak syarikat 1MDB.

Anggaran Waktu Membaca:
Najib dibenarkan pulang; beri keterangan hampir sejam di SPRM

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. (Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 07 Aug 2018 07:18PM Dikemas Kini : 07 Aug 2018 07:20PM

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Najib Razak hari ini (7 Ogos) hadir di Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Duta, dipercayai bagi menerima tiga notis pendakwaan baru berhubung kes dana SRC International Sdn. Bhd., bekas anak syarikat 1MDB.

Encik Najib yang tiba pada 4.58 petang berada di situ hampir sejam sebelum meninggalkan akademi itu dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire berwarna putih yang turut diiringi dua kenderaan lain.

Sebelum ini, media melaporkan Anggota Parlimen Pekan itu akan dibawa ke Mahkamah Sesyen di Kompleks Mahkamah Jalan Duta esok untuk menghadapi tiga lagi pertuduhan membabitkan dana SRC mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFA).

Seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM5 juta (S$1.68 juta) atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 4 Julai lalu, Encik Najib, 65 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi terhadap tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan