Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib diarah beri keterangan di SPRM petang ini

Mantan Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dijangka hadir bagi memberi keterangan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Jalan Tuanku Abdul Halim pada jam 5.00 petang.

Anggaran Waktu Membaca:
Najib diarah beri keterangan di SPRM petang ini

Gambar fail Mantan Perdana Menteri Najib Razak tiba di SPRM untuk memberi keterangan di Putrajaya. (Gambar: Lai Seng Sin/ Reuters)

Diterbitkan : 07 Aug 2018 03:23PM Dikemas Kini : 07 Aug 2018 03:37PM

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dijangka hadir bagi memberi keterangan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Jalan Tuanku Abdul Halim pada jam 5.00 petang.

Menurut sumber, Encik Najib akan hadir untuk memberi keterangan bagi kes SRC International Sdn Bhd di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2011 (AMLA).

“Petang ini juga, beliau (Najib) akan diberikan notis perintah hadir ke mahkamah esok (8 Ogos), di bawah pertuduhan yang sama buat kali kedua,” katanya.

Pada 4 Julai lalu, Encik Najib didakwa buat kali pertama di Mahkamah Kuala Lumpur berhubung pemindahan wang RM42 juta (S$14 juta) ke dalam akaun peribadi beliau yang dipercayai diseleweng dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah sebelum mahkamah melepaskannya dengan bayaran ikat jamin sebanyak RM1 juta (S$330,000). 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan