Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib dedah dokumen bukti derma RM2.6 bilion keluarga diraja Arab Saudi

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, pada Isnin (10 Sep) mendedahkan beberapa dokumen untuk menyokong dakwaan beliau berhubung RM2.6 bilion (S$864 juta) dalam akaun peribadinya, adalah derma dari keluarga diraja Arab Saudi.

Anggaran Waktu Membaca:
Najib dedah dokumen bukti derma RM2.6 bilion keluarga diraja Arab Saudi

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 11 Sep 2018 12:00PM Dikemas Kini : 11 Sep 2018 12:04PM

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, pada Isnin (10 Sep) mendedahkan beberapa dokumen untuk menyokong dakwaan beliau berhubung RM2.6 bilion (S$864 juta) dalam akaun peribadinya, adalah derma dari keluarga diraja Arab Saudi.

Kehadiran wang tersebut dilaporkan akhbar Wall Street Journal pada Julai 2015, ketika siasatannya berhubung 1MDB mendapati RM2.6 bilion (S$864 juta) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Encik Najib.

Encik Najib memuat naik salinan dokumen-dokumen itu di Facebook pada Isnin (10 Sep) yang menunjukkan AS$80 juta (S$110 juta) dipindahkan dari Kementerian Kewangan Arab Saudi dan AS$20 juta (S$28 juta) daripada “Prince Faisal bin Turkey bin Bandar Alsaud”.

Antara dokumen yang dimuat naik juga adalah sepucuk surat daripada Putera Saudi, Abdul Aziz Al-Saud, yang menyebut ‘hadiah’ AS$100 juta (S$138 juta).

Encik Najib menjelaskan bahawa derma itu dibuat selepas Kebangkitan Arab atau Arab Spring apabila tercetus bantahan-bantahan anti-kerajaan di merata Timur Tengah pada lewat 2010.

Bekas pemimpin itu berkata bahawa sebahagian besar wang itu digunakan untuk parti Barisan Nasional. Ini termasuk pembelian van untuk UMNO Johor, katanya.

Encik Najib berkata bahawa beliau akan mendedahkan lebih banyak lagi butiran dan bukti-bukti dana itu pada masa akan datang.

Encik Najib menghadapi tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dengan dana dari SRC International, anak syarikat 1MDB.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan