Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib buat laporan polis ada pihak sembunyikan bukti kes 1MDB, SRC

Bekas Perdana Menteri Malaysia Najib  Razak pada Sabtu (27 Nov) membuat laporan meminta polis menyiasat sama ada terdapat sebarang tindakan menyembunyikan bukti material berhubung transaksi wang dikaitkan dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International yang dihadapinya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Najib buat laporan polis ada pihak sembunyikan bukti kes 1MDB, SRC

Gambar: BERNAMA

Diterbitkan : 27 Nov 2021 06:22PM Dikemas Kini : 27 Nov 2021 06:29PM

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak pada Sabtu (27 Nov) membuat laporan meminta polis menyiasat sama ada terdapat sebarang tindakan menyembunyikan bukti material berhubung transaksi wang dikaitkan dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International yang dihadapinya. 

Beliau mendakwa beberapa pihak termasuk individu penting ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan terlibat dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan yang menyeluruh berhubung perkara itu. 

"Kebanyakan rakyat Malaysia terkejut dengan pengesahan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) minggu lepas bahawa baki RM65 juta (S$21 juta) daripada dana yang dilapor mempunyai kaitan dengan Jho Low dan 1MDB di dalam akaun bank dikaitkan dengan ahli keluarga terdekat bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) telah dikembalikan kepada Malaysia oleh pihak berkuasa Singapura,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini.

Encik Najib juga mendakwa pendedahan Tommy Thomas dua hari lepas bahawa bekas Peguam Negara itu sedar akan transaksi tersebut ketika beliau memegang jawatan serta jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Parlimen pada Isnin lepas bahawa polis sudah mengetahui perkara itu sekurang-kurangnya sejak 2019 semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan telah menyebabkan beliau kecewa.

Katanya maklumat sedemikian adalah penting untuk pembelaannya di mahkamah dalam kes membabitkan SRC dan 1MDB.

"Saya juga dimaklumkan bahawa seorang lagi saksi utama pendakwaan dalam kes SRC saya juga telah menerima lebih RM85 juta (S$27 juta) dana yang dikaitkan secara langsung dengan 1MDB dan sekali lagi saya dan pasukan peguam saya tidak dimaklumkan mengenai perkara ini meskipun individu terbabit memainkan peranan penting dalam kes SRC,” katanya. 

Encik Najib telah disabitkan dengan kesalahan dalam kes SRC namun mengemukakan rayuan semasa kes 1MDB sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah Rayuan telah menetapkan 8 Dis untuk memutuskan kes SRC.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan berkata siasatan akan dijalankan.

Sumber : Bernama/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan