Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib beri keterangan kes fitnah minggu ini

Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak akan diambil keterangan oleh pihak polis dalam minggu ini berhubung isu fitnah yang membabitkan kenyataan di akaun Facebook 'Nga Kor Ming Super Fans Page' yang tular pada 30 September lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Najib beri keterangan kes fitnah minggu ini

Gambar fail mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 16 Oct 2019 03:04PM Dikemas Kini : 16 Oct 2019 03:06PM

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak akan diambil keterangan oleh pihak polis dalam minggu ini berhubung isu fitnah yang membabitkan kenyataan di akaun Facebook 'Nga Kor Ming Super Fans Page' yang tular pada 30 September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Pesuruhjaya Huzir Mohamed berkata ia menyusuli laporan yang dibuat Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming pada awal bulan ini dalam kes siasatan terhadap kenyataan yang berunsurkan penghinaan terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Kita telah berhubung dan akan panggil minggu ini, minggu ini tinggal tiga hari lagi.

"Sabtu, Ahad pun ada juga, jadi lima hari lagi, biasa kita akan panggil di sini," katanya semasa sidang media harian JSJ di Bukit Aman hari ini (16 Okt).

Huzir menjelaskan pihaknya juga masih belum selesai merakamkan keterangan Kor Ming selain mengatakan beliau akan dipanggil semula untuk menyambung perbicaraan.

Sebelum ini, Huzir dilaporkan berkata polis akan meneliti dahulu aduan polis yang dibuat oleh Setiausaha Sulit Kanan kepada Kor Ming di Ipoh, Perak pada 3 Oktober lalu.

Sebelum ini, polis mengesahkan membuka satu kertas siasatan terhadap pemilik Facebook, ‘Nga Kor Ming Super Fans Page’ dan kes disiasat di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Kor Ming memaklumkan satu laporan bersama bukti akan diserahkan kepada polis selepas mendakwa wujud konspirasi politik jahat yang cuba mencemarkan nama baiknya dan DAP.

Beliau mendakwa kenyataan yang dikongsi oleh Najib Razak di akaun Facebooknya, merupakan akaun palsu yang menyamar sebagai dirinya dan DAP.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan